Mengenai SANDAKANfm

  • Sejarah Radio RTM

    Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
    Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
    Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
    Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
    Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
    Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.

  • Sejarah

    RTM Sandakan wujud pada 2 Mei 1986 dan pejabatnya terletak di Tingkat 6 Wisma Perseketuan Sandakan yang mana jaraknya lebih kurang 11 Km dari Pusat Bandar Sandakan. Pada ketika itu, hanya seorang pegawai sahaja ditempatkan di Pejabat dengan tugas utamanya membuat liputan peristiwa yang berlaku di Bahagian Sandakan. Bahan-bahan liputan berakam kemudiannya dihantar ke RTM Sabah untuk disiarkan di Radio Malaysia Kota Kinabalu melalu saluran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru. Tercipta satu lagi sejarah bagi bidang penyiaran di Negeri Sabah khususnya dan bahagian Sandakan khasnya apabila siaran dari Studio Radio Malaysia Sandakan dilancarkan pada 5 Januari 1992 oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Hj. Aziz Abbas.

    Siaran Radio Malaysia Sandakan pada ketika itu dipancarkan melalui alat Pemancar AM (MW) 783 KHz berkuasa 10kW yang terletak di Rancangan Sungai Manila Sandakan. Lingkungan jarak pemancaran lebih kurang 50km radius sahaja. Mulai 26 Mac 2003, siaran Radio Malaysia Sandakan dipancarkan melalui Alat Pemancar FM90.1 MHz berkuasa 1KW yang dipancarkan dari Bukit Trig Sandakan. Dengan naik taraf pemancar siaran Radio Sandakan dari MW kepada FM, siaran Radio Malaysia Sandakan bertambah meluas dan dapat mencapai sasaran kawasannya.

    pada 31 Ogos 1998, nama Radio Malaysia Sandakan telah ditukar kepada Radio Malaysia Sabah Siaran dar Sandakan dengan tagline 'Mesra Sepanjang Masa'. Selepas Penjenamaan semua stesen Radio pada 2005, Radio Malaysia Sandakan dikenali dengan Sandakan fm dengan tagline 'Bersamamu'.

    Selari dengan keperluan semasa serta memenuhi pendengar secara talian internet, Sandakan fm juga telah memulakan siaran radio menerusi 'audio streaming' pada 25 Ogos 2009 menerusi http://219.94.81.110.800/. Sasaran perkhidmatan tersebut bukan saja meliputi daerah luar Sandakan tetapi sehingga ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak selain memperkenalkan daerah Sandakan ke seluruh dunia.

    Ketua Pejabat Sandakan yang pertama ialah Encik Norman Ajak dengan gelaran Pengawal Penyiaran Sandakan bermula 2 Mei 1986 sehingga 7 Mac 2008 apabila beliau bersara pada 8 Mac 2008. Tugas itu kemudian diambil alih oleh Encik Amir Amit Alam secara pemangkuan bermula 8 Mac 2008 sehingga 14 Mei 2008. Bermula 15 Mei 2008 sehingga kini jawatan itu kemudiannya diambil alih oleh Encik Razali Hj Baba pada 1 Jan 2010, nama gelaran Pengawal Penyiaran Sandakan diubah kepada Pengurus Penyiaran Sandakan.

    Pada tahun 2011, Encik Razali Haji Baba telah bertukar ke Kota Kinabalu dan jawatan pengurus penyiaran telah diambilalih oleh Encik Francis Fahir. Setahun kemudian Encik Francis Fahir telah diarahkan untuk kembali ke Unit Berita RTM Sabah di Kota Kinabalu. Pada tahun 2012, jawatan pengurus penyiaran Sandakanfm telah diisi Puan Anissah MD Yunos sehingga 2017.

    Kini Sandakanfm diketuai oleh Encik Baharullah Baba bermula tahun 2017.

  • Carta Organisasi

  • Visi, Misi dan Objektif

    VISI 

    • Untuk menjadikan Sandakan fm sebuah stesen penyiaran yang unggul dan dinamik. 

    MISI 

    • Menyiarkan maklumat dan program radio yang berdaya saing di samping menepati citarasa pendengar ke arah wawasan negara.

    OBJEKTIF

    • Menggerakkan dan mengubah cara pemikiran rakyat agar bersesuaian dengan cara hidup dan dasar kerajaan. Memberikan liputan yang bersesuaian, tepat dan lengkap mengenai sesuatu peristiwa tempatan selaras dengan konsep 'Radio Komuniti'. Melaksanakan kempen-kempen kerajaan secara meluas dan intensif menerusi siaran radio. Memberikan panduan dan hiburan sebaik yang mungkin.